MIMPI SEEKOR NYAMUK
Seekor nyamuk memberitahu sahabatnya, seekor belalang :
"Aku bermimpi semalam"
"kau bermimpi apa?"
"Aku bermimpi, aku hisap darah segar kenyang-kenyang, Seronok sangat".
"Wah! itu mimpi yang hebat!".
"Ya dan aku sangat gembira,"
Belalang melihat perut nyamuk yang kempis.
Keesokkan harinya, sang nyamuk bercerita lagi.
"Aku bermimpi indah lagi semalam. kali ini lebih hebat. aku mimpi, WHO (World Health Organisation) telah mengharamkan segala penggunaan jenis ubat nyamuk sebab ia membawa kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Wah, seronoknya! tak perlulah lagi aku terbang lintang-pukang menyelamatkan diri setiap kali manusia menggunakan ubat nyamuk".
"hah hah hah, macam-macam mimpi kau. aku ni tidur mati tiap-tiap malam."
Sang nyamuk tergelak gembira dan menari-nari.
Hari yang berikutnya,
sang belalang pula menegur nyamuk:
"Engkau bermimpi indah lagi? Tersenyum memanjang."
"Tepat tekaan kau tu. semalam aku bermimpi lagi hebat.
aku bermimpi nyamuk diiktiraf sebagai serangga yang dipelihara dan tidak boleh dibunuh. Wah! indahnya hidup ini!"
Sang belalang melihat lagi perut sang nyamuk. makin kempis.
rupa-rupanya nyamuk masih tenggelam diulit mmpi....
PENGAJARAN:
Ramai manusia hanya bermimpi dan berkhayal, namum hakikatnya tidak pernah melakukan apa-apa. Jangan jadi Muslim yang menyangka mereka telah cukup beamal sehingga berangan2 pasti mendiami SYURGA. sebaliknya, imbangilah amalan yang dilakukan dengan campuran dua ramuan, khauf (takut) dan raja'(harap).
Kisah ini juga boleh dikaitkan dalam
kehidupan seharian sebagai PEKERJA, PELAJAR mahupun USAHAWAN.
Jangan terlalu YAKIN, PASTI, dengan apa yang telah dilakukan,
dengan apa yang telah diusahakan
KERANA
belum tentu hasilnya mencapai tahap yang sepatutnya diharapkan, dibanggakan.
sentiasa meningkatkan usaha dalam apa sahaja yang dilakukan
demi kejayaan masa hadapan.
(page MOTIVASI)
kehidupan seharian sebagai PEKERJA, PELAJAR mahupun USAHAWAN.
Jangan terlalu YAKIN, PASTI, dengan apa yang telah dilakukan,
dengan apa yang telah diusahakan
KERANA
belum tentu hasilnya mencapai tahap yang sepatutnya diharapkan, dibanggakan.
sentiasa meningkatkan usaha dalam apa sahaja yang dilakukan
demi kejayaan masa hadapan.
(page MOTIVASI)
No comments:
Post a Comment