MERAWAT PENYAKIT DALAMAN
Banyak jenis penyakit yang menimpa manusia. Ada penyakit luaran juga ada penyakit dalaman. Biasanya penyakit dalaman ini sukar dirawat dan diubah kerana penyakit tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas. Diantara penyakit dalaman ini ialah sakit paru-paru, jantung, buah pinggang dan seumpama dengannya.
Sekiranya anda mengalami salah satu penyakit tersebut, dan sudah berubat dengan bermacam-macam ubat, tetapi tidak juga baik, maka eloklah anda berubat dengan jalan mengadu kepada ALLAH swt melalui amalan membaca sebanyak mungkin surah al-Fatihah ini.
Caranya, mula-mula lakukanlah sembahyang hajat dua rakaatdengan kusyuk baru memohon kepada ALLAH supaya menyembuhkan penyakit tersebut sama ada pesakit itu sendiri atau orang lain.
Kemudian baca surah al-Fatihah sebanyak 41 kali pada air dan berikan kepada pesakit untuk diminumnya. Insyaallah tidak lama sakit tersebut akan berkurang dan sembuh.