CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday 10 February 2013

DIPELIHARA DARI GANGGUAN KEJAHATAN JIN DAN MANUSIA DENGAN SURAH AN-NAS & AL-FALAQ

DIPELIHARA DARI GANGGUAN KEJAHATAN JIN DAN MANUSIA DENGAN 
SURAH AN-NAS & AL-FALAQ

Dalam kedua-dua surah ini terdapat makna pengharapan supaya kita terpelihara dari gangguan syaitan dan gangguan manusia. Begitu juga bahaya yang datang dari sihir dan fitnah dari orang yang mempunyai hati yang dengki kepada orang lain.

Sudah menjadi resmi dan perangai jin dan syaitan suka mengganggu manusia. Maka untuk menghindari perkara ini dari berlaku, eloklah anda meminta perlindungan kepada Allah SWT dengan mengambil berkat dari kedua-dua surah ini.

Kaifiatnya, sembahyang hajat dua rakaat. Selepas itu sampaikan hajat dan permintaan anda kepada ALLAH swt, kemudian sediakan segelas air putih kemudian, bacakan kedua-dua surah ini yang setiap satu daripadanya tujuh (7) kali.

Selepas itu, air itu diberikan kepada pesakit untuk diminumnya. akinya disapukan pada ubun-ubunnya. Buatlah seperti itu selama tujuh (7) hari berturut-turut, mudah-mudahan dengan izin Allah ia sembuh dan tidak diganggu oleh jin dan manusia lagi. 

No comments:

Post a Comment