CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, 3 March 2014

UNTUK MERAWAT PENYAKIT GILA & GILA BABI

UNTUK MERAWAT PENYAKIT GILA & GILA BABI

Selain daripada peerkara-perkara yang dinyatakan, Ayat Kursi juga mempunyai khasiat dan rahsia yang tersendiri dalam merawat pengakit gila juga gila babi (ayan). Jika dibacakan ayat kursi ini, In Sya Allah pesakit akan sedar sedikit demi sedikit, lama kelamaan ia akan sembuh sepenuhnya.

Caranya ialah, membaca Ayat Kursi sebelas (11) kali, pada ubun-ubun orang yang sakit gila itu. Kemudia mandikan ia setiap pagi dan petang. In Sya Allah dia akan sembuh dengan izin Allah swt.

Sementara itu, untuk merawat sakit gila babi (ayan), handaklah kita menyediakan segelas air yang bersih, seterusnya dibacakan air itu ayat Kursi sebanyak lima puluh (50) kali. Setiap satu kali bacaan, dihembuskan ke dalam air tersebut. In Sya Allah, dengan izin Allah, dia akan sembuh.

UNTUK MENCAPAI HASRAT DAN KEINGINAN

UNTUK MNCAPAI HASRAT DAN KEINGINAN

Kelebihan dan keutamaan yang terdapat pada ayatul Kursi ialah jika kita mengamalkannya, maka cita-cita dan hasrat kita akan tercapai dengan lebih cepat dan mudah.

Caranya ialah lakukan solat hajat 2 rakaat di malam hari, kemudian baca surah Kursi dengan tekun dan kusyuk sebanyak seratus (100) kali. Amalan ini hendaklah dilakukan setiap malam dan beristiqamah. Jangan lupa memohon supaya keinginan kita dikabulkan Allah swt. In Sya Allah. 

UNTUK MENGUBATI BATUK

UNTUK MENGUBATI BATUK

 Terdapat banyak khasiat dari surah al-Fatuhah ini, antaranya ialah boleh mengubati batuk. Sebagai umat Islam, kita hendaklahlah memanfaatkannya mengubati penyakit yang dialami selain bertemu dengan doktor. Mari kita cuba perubatan cara ini.

Caranya ialah, sediakan halia dengan secukupnya. Diparut dan diperah untuk mendapatkan patinya. Bagi menyedapkan rasa,tambahkan gula atau susu manis, supaya lebih enak bila diminum. 

Kemudian, sediakan sebuah pinggan berwarna putih, dan tuliskan kalimah "al-hamdulullah" dengan perkataan Arab. Kemudian, larutkan dengan minyak bijan (minyak lenga), satukan dengan pati halia tadi. Kacau hingga sebati. elepas itu, beri minum paada orang yang mengidap batuk tadi. Mudah-mudahan dengan izin Allah, batuknya akan sembuh.

Friday, 28 February 2014

DOA AWAL BULAN

DOA AWAL BULAN

"Ya Allah, JAdikahlah permulaan bulan ini untuk kami dalam keadaan aman, beriman, selamat dan sejahtera. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah yang Maha Tinggi "
(Berdasarkan riwayat Ahamd dan at-Tarmizi)

Monday, 24 February 2014

UNTUK MENYUBURKAN TANAMAN

UNTUK MENYUBURKAN TANAMAN

Sekiranya anda melihat tanaman anda tidak subur, seharusnya anda mencari jalan bagaimana cara mengatasinya iaitu dengan penggunaan al-Fatihah.

Caranya ialah, tulis perkataan ar-Rahman dalam bahasa Arab pada sebuah cawan, selepas itu maasukkan air beersih dalam cawan itu. kacau aair itu sehingga ia sebati dengan kertas itu. kemudia siramkan pada tumbuhan tersebut. Cuba lakukan cara ini pada setiap pagi dan petang. Mudah-mudahan tanaman anda akan subur. In Sya Allah.

UNTUK MENJINAKKAN BINATANG BUAS

UNTUK MENJINAKKAN BINATANG BUAS

 Surah al-Fatihah juga boleh menjinakkan binatang buas. Manalah tau, jika anda tiba-tiba terserempak dengan binatang buas, jadi anda hendaklah sentiasa membawa bersama anda kalimat al-Fatihah yaang telah ditulis ke mana sahaja. Dengan ini binatang buas tidak akan berani mendekati anda.

Mula-mula, tulis salah satu ayat dari surah al-Fatihah, iaitu ar-Rahim dalam tulisan Arab di atas kertas putih. Selepas itu keertas itu disimpan dalam dompet atau di bawa di mana sahaja anda pergi. Mudah-mudahan dengan izin Allah, binatang buas tidak akan mendekati anda juga tidak akan mencederakan anda.

Surah al-fatihah ini juga boleh menjinakkan binatang buas. Katakanlah terdapat lembu atau kerbau yang mengamuk dan terlepas dari ikatannya, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,  anda mestilah menghulurkan bantuan.


Caranya ialah, tulis surah al-Fatihah pada sesuatu, dan bawa ia menghampiri binatang mengamuk tersebut. Mudah-mudahan haiwan itu akan jinak dan mudah unuk kita menangkapnya. In Sya Allah.


Friday, 21 February 2014

MENYELAMATKAN DIRI DARI AMUKAN

MENYELAMATKAN DIRI DARI AMUKAN

Ada kalanya kita akan berhadapan dengan manusia, atau manusia yang membuta tuli melakukan rusuhan atau haiwan yang mengamuk. Sudah pasti kita akan menjadi mangsa akan tindakan yang tidak terkawal itu. Oleh itu, hendaklah kita memohon pertolongan daripada Allah dengan cara, beramal dengan surah al-Fatihah. Caranya, baca salah satu ayat dari surah tersebut iaitu

"...Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in..."
~Engkau yang kami sembah dan Engkau yang kami mohon pertolongan...~

Baca sebanyak 7 kali, semoga kita terbebas daripada sebarang hal yang tidak dingini. In Sya Allah.