CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, 12 May 2013

UNTUK MEMURAHKAN REZEKI

UNTUK MEMURAHKAN REZEKI


Tidak ada orang yang ingin hidup susah. setiap kita ingin supaya rezeki kita murah, makan minum mencukupi. Lalu bagaimana cara malaikat pembawa rezeki sering menziarahi ke rumah kita? Sukakah anda dikunjungi malaikat rembawa rezeki buat kita? sudah tentu suka bukan? Khaifiatnya tidaklah sukar asalkan ada kemahuan melakukannya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Khaifiatnya ialah :

1. himpinkan beberapaa jenis benda : butiran gabah, butiran jagung, bawang putih, kacang panjang, paalawija, sebutir biji delima, sebutir biji pisang batu, satu ulas bawang merah dan wang syiling. semua ini diambil sekadar mencukupi selepas itu maasukkan ke dalam tin atau bejama yang seumpanya dengannya.

2. Bacalah ayat Kursi di samping beenda-benda tersebut, dengan bacaan yang betul serta fikiran yang kusyuk. 

3. Selepas itu bacalah ayat dari surah al-Baqarah ayat 261.

4. Setelah itu letakkan tin tersebut di tempat tidur. Mudah-mudahan dengan izin Allah melaikat pembahagi rezeki akan beerziarah ke rumah anda dan memudahkan urusan kerjaya anda.

5. Setiap hari Jumaat anda hendaklah membaca surah Al-Fatihah dengan niat seperti berikut:

Pertama : dihadiahkan kepada Rasulullah saw

Kedua : di hadiahkan kepada syeikh abdul Qadir al-Jilani.

Ke tiga : Di hadiahkan kepada kaum Muslimin, para guru dan orang yang pernah mengajar anda.

Keempat : baca surah an-Nas , al-Falaq, al-Qard dan selawat masing-maassing sebanyak 3 kali.

Kelima : beertahlil sebanyak 100 kali.

keenam : lalu akhiri degan mengucapkan selawat.

Wednesday, 20 March 2013

UNTUK MENGUBAH KEBENCIAN ORANG LAIN

UNTUK MENGUBAH KEBENCIAN ORANG LAIN

Walaupun fitrah manusia sukakan kedamaian, tetapi dalam satu-satu masyarakat ada juga orang yang suka akan sikap iri hati dan berlakukan hal-hal yang tidak diingini. Kadang-kadang orang baik pun dibenci orang lain atas sebab antara lain, kerana sifat cemburu. Keadaan seperti ini tidak mudah dikawal, lebih-lebih lagi dilenyapkan terus dari masyarakat.

Maka untuk menghindari sasaran kebencian orang lain seperti ini, eloklah kita memohon kepada Allah swt supaya dijauhkan darinya menerusi amalan membaca surah al-Fatihah ini.

Khaifiatnya ialah mambaca ayat "shiratal-lazina" sebanyak yang mungkin dengan ikhlas dan kusyuk. Selepas itu mintalah kepada Allah swt supaya orang yang membenci anda itu akan insaf dan sedar, kembali kepada fitrah insaniyahnya. Mudah-mudahan dengan izin Allah, kebenciannya lenyap dan berubah dengan ksih sayang dan saling menghormati.  

Monday, 18 March 2013

SUPAYA MEMPEROLEHI CAHAYA DALAM KUBUR

SUPAYA MEMPEROLEHI CAHAYA DALAM KUBUR

Sudah menjadi tradisi budaya keagamaan di seluruh Nusantara apabila ada kematian makan akan diadakan majlis tahlil dan doa. Hal ini memang sesuai dengan suruhan agama. Tetapi sedarkah anda bahawa Ayat Kursi mempunyai khaifiat dan faedah untuk memberi cahaya kepada orang yang sudah meninggal dunia dan berada di alam kubur.

Justeru itu, bacalah Ayat Kursi dan pahalanya dihadiahkan kepada ibu bapa, datuk, nenek, keluarga dan kaum muslimin yang sudah meninggal dunia supaya kubur mereka terang benderang kerana diterangi oleh cahaya yang diberikan oleh Allah swt.

Ketika hendak membaca Ayat Kursi tersebut, anda hendaklah terlebih dahulu berniat seperti di bawah ini:

Ertinya:
"...Al-Fatihah & Ayat kursi kami hadiahkan kepada roh ...(sebutkan nama orang yang dimaksudkan itu), dan ke hadrat Nabi Muhammad saw, al-Fatihah (bacalah al-Fatihah beramai-ramai)..."
Seterusnya disambung dengan ayat kursi.

Dengan amalan ini, mudah-mudahan dengan izin Allah swt akan mendapat cahaya di alam kubur orang yang kita hadiahkan bacaan tersebut. Sebaik-baiknya amalan ini dilakukan selepas menunaikan solat fardhu dan boleh juga pada masa-masa yang lain yang dirasakan mempunyai keberkatan tersendiri

Sunday, 17 March 2013

UNTUK MENDIAMKAN MULUT ORANG JAHAT (DAN KAWAN KITA YANG BERMULUT JAHAT)

UNTUK MENDIAMKAN MULUT ORANG JAHAT
 (DAN KAWAN KITA YANG BERMULUT JAHAT)


Sekiranya anda bertembung dengan orang jahat, bacalah ayat kursi sebelum bertembung dengannya. iaitu sebanyak 3 kali dengan kusyuk dan yakin. Kemudian diiringi dengan doa di bawah ini:

"... Wahai Zat Yang Hidup Kekal Abadi wahai Zay yang Menguruskan makhluk-Nya, wahai Zat yang menciptakan langit & bumi, Wahai Zat yang Mempunyai Kemuliaan dan Kesempurnaan, Aku memohon kepada MU dengan kebenaran ayat yang mulia ini (ayatul Kursi) dan semua yang terkandung didalamnya berupa nama-nama yang agung, supaya Engkau kekang mulutnya (nama orang yang diniatkan) dan Engkau bisukan lisannya sehingga dia tidak akan berkata melainkan kata-kata yang baik, atau dia diam, kebaikanmu, hai orang berada di kedua tanganmu dan kekejianmu berada di bawah kedua tapak kakimu ..."

Selepas anda mengamalkan amalan tersebut, majulah ke hadapan orang yang diyakini berniat jahat tersebut. mantapkan hati dan yaakinkan jiwa bahawa anda berada dalam lindungan dan pemeliharaan Allah swt. 

Saturday, 9 March 2013

KEUTAMAAN SOLAT TAHAJUD

KEUTAMAAN SOLAT TAHAJUD

Keutamaan solat tahajud banyak disebut dalam beberapa ayat suci al-Quran juga hadith, dan di antara keutamaan-keutamaan solat tahajud ialah:-

1. Disejukkan pandangan matanya.

2. Mendapat darjat yang mulia

3. Mendapat pahala seperti pahala sedekah secara sembunyi-sembunyi

4. Bukti kemenangan melawan syaitan

5. Solat sunat yang paling utama setelah solat fardhu

6. Mendapat kamar syurga yang istimewa

7. Wajahnya sentiasa tampan

8. Pada setiap malam terdapat waktu mustajab

9. Tuhan (Allah) berasa kagum

10. Mendapat rahmat dari Allah

11. Perkara penghapus dosa

12. Ditulis sebagai golongan yang mengingati Allah

13. Dicintai Allah

14. Waktu yang paling dekat dengan Allah

15. Menunjukkan hamba yang bersyukur

Thursday, 21 February 2013

JENIS-JENIS MANUSIA YANG DERHAKA & TAAT

JENIS-JENIS MANUSIA YANG DERHAKA & TAAT

1. Ada lidah tetapi tidak ada hati
Satu jenis manusia lagi ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati. golongan ini dapat dikenali seperti berikut:

> Mereka bijak beercakap tetapi tidak melaakukan apa yang mereka cakapkan.

> Mereka mengajak manusia menuju Allah tetapi mereka sendiri yang lari dri Allah

> Mereka benci dengan maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri yang bergelumang dengan maksiat itu.

> Mereka menunjuk pada orang lain bahawa mereka itu soleh tetapi mereka sendiri yang melakukan dosa besar.

> Bila mereka bersendirian, mereka bertindak seperti harimau yang berpakaian. 

Inilah orang yang dikatakan oleh Nabi SAW dengan sabda yang bermaksud:
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang"alim yang jahat"

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim sepeerti itu. Oleh itu jauhkanlah diri anda dari orang-orang yang seperti itu. Jika tidak anda akan terpengaruh dengan kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan dosanya akan membakari anda dan kekotoran hatinya akan membnuh anda. 

Tuesday, 19 February 2013

MENGURANGKAN RASA LAPAR DENGAN AL-FATIHAH

MENGURANGKAN RASA LAPAR DENGAN AL-FATIHAH

Apabla satu ketika dalam keadaan perjalanan jauh atau tersesat di suatu tempat yang tidak dijumpai oleh seseorang pun, selepas itu kita berasa amat lapar, maka peerlulah mengamalkan surah 
al-Fatihah ini. Kerana ianya mempunyai khasiat  untuk mengurai atau menghlangkan rasa lapar.

Khaifiatnya, mula-mula ambillah selembar daun tumbuh-tumbuhan yang tidak berbisa atau tidak mengandungi racun, lalu bacakanlah ayat yang berbunyi,

"ghairil maghdhuubialaihim"

Selepas itu, makanlah daun itu. Mudah-mudaha dengan izin ALLAH, hilanglah atau berkuranglah perasaan lapar dan haus yang sedang dirasakan, insya-Allah.