CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, 1 December 2014

 
JANGAN TINGGALKAN ZIKIR SETELAH SOLAT
 
Barangsiapa sesudah solat (fardhu) mengucapkan zikir: "Subhanallah" (Maha Suci Allah) 33 kali dan
"Alhamdulillah" (Segala puji bagi Allah) 33 kali dan "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) 33 kali lalu digenapkan yang keseratusnya dengan (membaca):...

"Laailaaha illallah wahdahu la syariika lahu lahulmulku walahul
hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodir"
(Tidak ada Tuhan kecuali Allah yang Maha Esa yang tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah segala kekuasaan dan pujian. Dan Dia atas segala sesuatu Maha Kuasa) maka akan terampuni
dosa-dosanya (walaupun) sebanyak buih di lautan.
(HR.Muslim)
Note : Namun syaitan selalu berusaha menghalangi dengan
membisikkan sesuatu agar kita tak ada waktu untuk berzikir
setelah solat wajib.
Semoga kita senantiasa ingat berzikir kepada Allah Swt,
insya Allah .Amin
 
 

Saturday, 3 May 2014

MEMUDAHKAN MENDAPAT REZEKI YANG HALAL

MEMUDAHKAN MENDAPAT REZEKI YANG HALAL

Nafkah dan sara hidup amat diperlukan malah ia merupakan kepeerluaan asas yang utama pada setiap orang . Sekiranya terdapat seseorang yang tidak cukup nafkahnya maka sedikit sebanyak amal ibadatnya akan terganggu juga.

Setiap insan mengharapkan keperluan hidup yang mencukupi , bukan untuk diri sendiri malah untuk keluarga juga. Ramai orang tidak memilih apa jua pekerjaan yang penting nafkah keluarga dipenuhi. Kadang-kadang apabila sukar mencari nafkah ramai yang melakukan sesuatu yang haram dan melanggar syariat.

Bagi memudahkan mencari rezeki dalam kehidupan, kita hendaklah endekatkan diri kepada Allah swt dan meinta dijauhi perkara-perkara yaang haram. Salah satunya yang telah diturunkan oleh para ulama yang terdahulu ialah beramal dengan surah al-Qadar ini. Dengan kata lain kita dapat menjadikan surah ini sebagai perantaraan untuk meminta dan memohon dam meminta rezeki Yang Maha Memberi Rezeki yakni Allah swt.

Caranya ialah membaca surah al-Qadar ini sebanyak 36 kali pada minyak wangi. Kemudian anda
percikkan minyak wangi itu pada pakaian kita, setelah itu barulah kita pergi keluar untuk mencari rezeki yang halal.

Selain itu juga, surah ini amat baik untuk dijadikan amalan atau wirid oleh mereka yang sedang mencari pekerjaan. Lakukanlah sebagaimana cara yang telah disebutkan di atas tadi. Mudah-mudahan dengan izin Allah swt anda boleh mendapatkan pekerjaan yang menddatangkan rezeki yang mencukupi seiisi keluarga. In Sya Allah.      

PENULISAN KHAT AL-QURAN KETERLALUAN ADALAH DILARANG

PENULISAN KHAT AL-QURAN KETERLALUAN ADALAH DILARANG

PENULISAN KHAT AL-QURAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Jun 2005 membincangkan hukum menulis ayat al-Quran mengikut reka bentul alat permainan seperti tumbuh-tumbuhan, wau, bunga-bungaan dan seumpamanya telah memutuskan :

* Penulisan al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang.

* Penulisan khat Al-Quran yang dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan seterusnya dapat dibaca.

* Penulisan khat al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat yang lain sehingga boleh mengelirukan pembaca.

* Tulisan khat ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacatkan, mengelirukan atau mengubah maknanya.

* Tulisan khat ayat Al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan
dan menghilangkan tujuan ayat al-Quran iaitu diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.

(Sumber : Portal Rasmi Fatwa Malaysia)  

Tuesday, 29 April 2014

UNTUK MENYEDARKAB ORANG YANG PENGSAN

UNTUK MENYEDARKAN ORANG YANG PENGSAN

Sesiapa yang menulis ayat yang ke 65 daripada Surah Yassin pada dahi orang yang pengsan atau tidak sedarkan diri, maka dia segera berdiri, akan sedar kembali dan jin (makhlus halus) yang ada padanya berbicara melalui lisannya.

Wednesday, 23 April 2014

MUDAH MENJELASKAN HUTANG

MUDAH MENJELASKAN HUTANG

PERTAMA :

Barangsiapa yang membaca surah yassin sebanyak 41 kali, dengan tidak diselang selikan dengan percakapan dan baca dengan sempurna. Setelah itu, baca doa di bawah ini lalu tidur. Maka dia akan mendapat nafkahnya ketika tidur. Doa itu ialah :

"...Ya Allah, jika rezeki ku di langit, turunkanlah. Jika di bumi, keluarkanlah. Jika jauh, dekatkanlah. Jika dekat, mudahkanlah. Jika sedikit, perbanyakkanlah. Jika banyak, mudahkanlah. dan berkatulah kepadaku. Berilah aku rezeki dari mana yang aku rencana dan tidak aku rencana. Iaitu rezeki yang halal, bagus, melimpah-ruah, mengalir dan bertumpuk-tumpuk, sehingga tidak ada seorang di antara makhluk-Mu yang mendapatkannya. 
Rezeki itu dibeerikaan kepadaku atas anugerah daripada-Mu yang mendapatkannya. Jadikanlah tanganku di atas dengan memberikan. Dan janganlah Engkau jadikan tangan ku dibawah dengan meminta. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa terhadap segala sesuatu...."

KEDUA :
Sesiapa yang membaca surah Yassin sebanyak tiga kali dengan niat agar dia dapat membayar hutangnya, maka ia segera akan dapat membayar hutangnya.

KETIGA :
Terdapat para ulama menjelaskan bahawa sesiapa yang membaca surah yassin sebanyak 4 kali
berturut-turut tidak terpisah dengan apa sekalipun. Setelah selesai, kita membaca doa di bawah ini 4 kali , In Sya Allah maka kita akan dapat membayar hutang dan kita tidak akan ditagih lagi.
Doa itu ialah :

"...Maha Suci Zat yang membebaskan setiap orang yang mempunyai hutang. Maha suci zat yang melapangkan oraang yaang susah. Maha Suci Zat yang menjadikan tempat simpati-Nya di antara kaf dan nun. Maha Suci Zat yang apabila mengkehendaki sesuatu, cukup berfirman "wujudlah", maka yang dikehendaki itu wujud. 
Wahai Zat yang melapangkan, lapangkanlah kesusahan, kekuatiran ku segera dengan rahmat-Mu. 
Wahai Zat Yang Maha Menyayangi, antara orang-orang yang sayang. Semoga Allah Azza Wajalla memberikan rahmat-Nya kepada Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat, berserta salam-Nya..."

KEEMPAT :
Terdapat sebahagian ulam menerangkan bahawa, barangsiapa yang bermaksud membayar hutang, dikeluarkan dari penjara atau hajat yang lain, maka hendaklah dia membaca surah Yassin 35 kali. Kemudian ia membaca doa :

"...Ya Allah berikah rezeki kepadaku yang halal, yang baik dengan tanpa bekeerja keras, kabulkan doaku dengan tidak ditolak. Aku beerlindung kepada -Mu dari kekafiran dan hutang, dari dari kepuasan musuh-musuhku. Maha Suci Zat yang membebaskan orang yang mempunyai hutang. Maha Suci Zat yang melapangkan setiap orang yang susah. Maha Suci Zat yang membebaskan orang yang terpenjara.

Maha Suci Zat yang mengetahui segala apa yang tersembunyi. Maha Suci Zat yang mengalirkan air laut dari mata air. Maha Suci Zat yag tempat simpanan-Nya di antara huruf kaf dan nun dari kata kun fayakuunu...
Maha Suci Zat jika memutuskan sesuatu maka hanya berfirman "wujudlah" maka terjadilah. 
Maha  Suci Allah yang ditangannya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan. 
Maha Suci Tuhan, Tuhan yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan. dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, melainkan Allah. Baginyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nya kamu dikembalikan."

KELIMA
Sesiapa yang dipenjara atau tidak mampu membayar hutangnya, maka sebaiknya dia membaca
surah yassin sebanyak 7 kali . Setiap selesai membaca 1 kali surah yassin, ia memohon dengan doa seperti di bawah ini.

".. Wahai golongan yang telah ditundukkan dan taat kepasa surah yang diberkati ini, dengan hak para nabi azza wajallah dan para walinya serta dengan hak zat yang menciptakan. jadikanlah kalimat yang saya baca ini dikabulkan. Cukuplah hajatku dan bantulah aku dalam segala hal, baik secara keseluruhhan atau sebahagian-sebahagian dengan hak. Sesungguhnya beerita ini ialah dari Sulaiman as dan sesungguhnya isinya  " Dengan menyebut nama Allah yang Maya pemurah lagi Maha Mengasihani, laksanakanlah segara pada saat ini."


  

Sunday, 20 April 2014

MENJAUHKAN PENAKIT MENULAR

MENJAUHKAN PENYAKIT MENULAR

Sesiapa yang membaca surah Yassin pada ketika terjadinya penyakit menular, hendaklah membacanya sebanyak 28 kali, maka ia diselamatkan dari jangkitan penyakit itu.

Saturday, 19 April 2014

UNTUK MENCERDASKAN AKAL FIKIRAN

UNTUK MENCERDASKAN AKAL FIKIRAN

Terdapat pelbagai cara untuk kita mencerdaskan akal fikiran kita. Antaranya ialah dengan menggunakan surah Yassin. 
Tuliskan surah yassin dengan zafaran dan misik.  Hapuskan hasil tulisan itu dengan air mawar dan diberi munim kepada orang yang lembab akal fikirannya selama 7 hari setiap hari secara berturut-turut.
Mudah-mudahan dengan izin Allah ia akan menjadi cerdas dan terang hatinya dalam menerima kebaikan dan ilmu pengetahuan.