CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday 10 February 2014

REZEKI ALLAH

REZEKI ALLAH

Hakikatnya rezeki yang dikurniaakan oleh Allah buat kita terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Rezeki yang diusahakan.
2. Rezeki yang tidak diusahakan.

1. Rezeki yang diusahakan  adalah rezeki yang kita usahakan sehari-hari seperti kerja makan gaji ataupun rezeki yang kita perolehi dengan bekerja sepanjang hari. Ia merangkumi doktor, petani, pelombong, penoreh getah, guru, tentera dan sebagainya. Semakin rajin kita berusaha, kemungkinan besar rezeki kita akan bertambah melalui kenaikan gaji atau pangkat. 

2. Rezeki yang tidak diusahakan   adalah rezeki yang diperolehi tanpa kita bekerja juga tanpa kita berusaha. Ianya datang dengan tidak diduga dan secara tiba-tiba. Misalnya, anak kita memerlukan kos perbelanjaan yang besar untuk peersekolahan berasrama, hakikatnya kita hanya pekerja biasa sahaja. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang menghulurkan bantuan, dan itu sudah cukup untuk menyelesaikan masalah kita. Inilah yang dinamakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Namun, maasih terdapat lagi rezeki-rezeki yang sedemikian, :

(a) Istighfar
Kita hendaklah sentiasa memohon ampun pada Allah atas segala kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan selama ini. mungkin inilah yang menghilangkan keberkatan rezeki kita mahupun yang menghalang rezeki kita. Kita boleh walau di mana sahaja kita berada, bila-bila masa, dalam kenderaan, selepas solat fardhu, semasa menuntut ilmu dan lain-lain. 

(b) Bertawakal

Kita sudah berusaha sehabis baik, maka serahkanlah segalanya kepada Allah swt. Jika ditakdirkan Allah kita mendapat rezeki yang banyak, sudah pasti kita memperolehinya. Tiada siapa yang mampu menghalangnya. Selagi kita yakin pasa Allah swt , Dia akan mengabulkan segala keyakinan kita. 

(c) Silaturrahim
Sentiasa menjalinkan silaturrohim dengan kaum Muslimin yang lain. Sebenarnya, semakin ramai yang kita kenal, semakin banyak punca rezeki kita. Jika terdapat hubungan yang telah renggang, maka segerakanlah kita merapatkannya. Rezeki kita sentiasa bertambah seiring dengan bertambahnya oraang yaang kita kenal. Yakinilah dan amalkanlah perkara ini, 

(d) Infak
Menzahirkan infak dengan sumbangan berbentuk wang, harta atau sebagainya, yang dibelanjakan dengan tujuan kebajikan, memang akan mengurangi rezeki kita. Namun pada hakikatnya, ia akan melipatkangandakan rezeki yang kita perolehi. Gandaan itu tidak dapat dihitung dengan pengiraan matematik, kerana ianya adalah rezeki Allah swt dan tidak dapat difikirkan dengan pemikiran logik manusia.

(e) Taubat
Satu lagi jalan pembuka rezeki ialah taubat. Seperti yang kita tahu, Allah swt mewarisi segala yang ada di bumi ini hanya pada orang-orang yang beriman. Jika dosa dan maksiat masih lagi bersarang dalam diri, maka bersedialah anda untuk menghadapai hidup ini dengan penuh kekacauan jiwa dan kesempitan rezeki. 

(f) Berdoa
Kita hendaklah ssentiasa berdoa agar Allah swt menjauhkan kita daripada kemiskinan dan kefakiran. Bermohonlah kepada Allah dengan limpahan rezeki daripadanya. allah swt ialah Zat Yang Maha Pembeeri Rezeki.

(g) Takwa
Tetapkanlah ketakwaan itu dalam diri kita. Jauhi segala larangan Allah dan petuhilah segala suruhan-Nya. Bersedialah untuk menghadapi kematian dan pelajarilah kitab suci-Nya. Hanya orang yang bertakwa dan takut dengan seksaan-Nya akan berhak mendapat limpahan rezeki Allah swt .

(h) Zikir
Berzikirkan selagi masih ada waktu buat kita di dunia ini. Tidak ada satu pun perkara yang disesalkan ketika di syurga kecuali lalai dalam mengingati Allah swt. Selain itu, kita akan mendapat ketenangan hati juga kelapangan hidup dan rezeki. Ramai yang mengharapkan anugerah ini tetapi tidak berjaya menggapai hasilnya. Malah ada yang menjalani hidup yang sempit hanya kerana lalai mengingati Allah swt.

(i) Memberi nafkah kepada pencari ilmu
Alangkah baiknya jika kita dapat memberikan sedikit harta yang kita miliki pada pencari ilmu. Ini kerana, mereka teerlalu sibuk mendalami pengajaran agama sehingga tidak sempat bekerja dan mencari rezeki. kemungkinan besar mereka datang dari negeeri yang jauh dan tidak membawa bekal yang secukupnya. Baantuan kita amat diperlukan. Jika mereka berjaya dalam urusan agama dan menjadi orang yang soleh, secara tidak langsung kita juga akan mendapat limpahan pahala. 


(j) Syukur 

Sebagai hamba Allah, kita seharusnya bersyukur dengan apa sahaja yang diberikan oleh Allah swt sama ada banyak ataupun sedikit. Semakin kita bersyukur pada Allah, semakin besarlah rezeki yang diberikan Allah swt kepada kita. Jika sebaliknya, semakin kita menkufurkan Allah swt, semakin jauh kita dari nikmat-Nya. 

No comments:

Post a Comment