CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday 21 February 2014

MELINDUNGI TANAMAN DARI BINATANG PEROSAK

MELINDUNGI TANAMAN DARI BINATANG PEROSAK


Para pekebun atau petani, sama ada hama perosak atau binatang sangta ditakuti kerana ianya akan merosakkan tanaman dan mengurangkan hasil pertanian yang dituai. Jika berlaku perkara seperti itu, ini akan menimbulkan banyak masalah.

Bagi mengatasi masalah ini, selain boleh dilakukan dengan ubat-ubatan moden, cara mendekatkaan diri dengan Allah juga perlu. Bukti telah banyak menunjukkan bahawa teknologi moden tidak sepenuhnya berjaya mengatasi masalah ini. Justeru, perlukan alternatif cara mengatasinya melalui amalan.

Salah satu amalannya ialah dengan al-Fatihah. Walaubagaimanapun, kita henddaklah bersandarkan kepada Allah kerana dnegan kuasa Allah jualah yang menetapkan rezeki semua makhluk.

 Caranya ialah, tuliskan surah al-Fatihah dalam kertas putih yang bersih dengan tulisan Arab. Pastikan anda berwuduk dan berkeadaan dalam keadaan bersih tanpa najis dan kotoran. 

Setelah selesai menulisnya, kertas itu hendaklah dilipat kemas, lalu dimasukkan dalam buluh yang terlindung ataupun dalam botol yang ditutup kemas. Buat dalam 4 dan maasing-masing dimasukkan ke dalam botol. Setiap botol itu ditanam pada tiap-tiap sudut kebun atau sawah. Setiap tempat itu haruslah ditandakan. Dengan kuasa Allah, In Sya Allah tikus atau haiwan lain tidak akan berani maasuk ke kawasan itu. 


Apa yang dilaukan ini hanya perantara. Yang menghalau atau menghalang haiwan tersebut hanya Allah swt jua.




1 comment:

  1. Ayat2 al-quran diletakan dalam botol dan tanam plak ayat al-quran dikebun. Itu adalah perbuatan yg berdosa besar.

    ReplyDelete