CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday 10 February 2014

FADHILAT SOLAT DHUHA

FADHILAT SOLAT DHUHA

1. Lebih mulia dari harta rampasan perang.
Di zaman Jahilliah, apabila sebuah paasukan tentera berangkat ke medan perang, mereka akan membawa bersama emas, isteri, berlian, kuda dan lain-lain. Semua harta yang dibawa itu sebagai bekalan dalam perjalanan. Jika dihitung, jumlahnya memang banyak kerana mereka sendiri tidak dapat mengagak berapa lama perjalanan tersebut. Phak yang menang akan mendapat habuan tersebut manakala kumpulan yang kalah akan kehilangan banyaak harta. Tambahan lagi mereka terpaksa merelakan nyawa di medan perang. 
Hakikatnya, solat dhuha yang dilakukan oleh kita itu jauh lebih baik dari harta rampasan perang.  


2.Terpelihara daripada keburukan.
Allah swt akan menjamin keamanan kehidupan kita paada hari itu jika kita mengerjakan Solat Dhuha, dan Allah swt juga akan menjauhkan kita dari segala keburukan. Tidak akan ada satu pun bentuk yang mengganggu, menyakiti, mahupun yang mengurangkan rezeki kita pada hari itu dengan izin-Nya. Ada sahaja jalan yang Allah swt tunjukkan pada kita sehingga kita mampu menjalani kehidupan kita pada hari itu dengan penuh kebaikan.   

3. Termasuk dalam golongan orang yang bertaubat.
Orang yang selalu mentaati perintah Allah swt dan menjauhi segala larangan-Nya adalah orang yang layak mendapat rezeki Allah swt. inu kerana Allah swt mewarisi bumi dan segala isinya, hanya kepada orang yang beriman. Mohonlah kemapunan dari Allah swt jika kita telah membuat kesalahan. Sekiranya kita telah mengerjakan Solat Dhuha, itu adalah tanda bahawa kita adalah sebahagian daripada para hamba-Nya yang bertaubat. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah saw bersabda dan bermaksud:

"Yang menjaga Solat Dhuha ialah orang-orang yang bertaubat"
(Riwayat Ibnu Khizaimah no.1224) 

4. Mendapat pintu khusus di Syurga kelak.
Tidak semua orang dapat kemuliaan untuk memasuki Syurga Allah swt dengan melalui pintu yang dikhususkan untuknya. Sebahagian besar penghuni Syurga memasuki pintu yang sama. Di antara individu ini ialah individu yang rajin mengerjakan dan istiqamah mengerjakan solat Dhuha. Pada hari Kiamat nanti, dia akan dipanggil dari pintu yang menjadi haknya.

5. Setiap rakaat Dhuha mempunyai kedudukan mulia masing-masing.
Jumlah rakaat dhuha yang dilakukan oleh kita akan menentukan kedudukan kita di sisi Allah swt. Jika kita mengeerjakan solat dhuha dengan 2 rakaat, maka kita akan mendapat ganjaran dengan jumlah itu. Semakin banyak rakaat yang kita kerjakan maka semakin tinggilah kedudukan kita di sisi Allah swt. 

6. Diampunkan dosa-dosanya.
Jika kita mampu mengerjakan solat dhuha dan rajin menjaganya, maka dosa-dosa yang pernah dibuat akan diampuni oleh Allah swt walaupun sebanyak buih-buih di lautan. Bagi orang-orang yang mengharapkan pengampunan dari Allah swt, maka lakukanlah solat dhuha.  

7. Boleh menggantikan sedekah.
Dalam tubuh manusia terdapat banyak tulang sendi. Dan setiap hari, setiap dari sendi itu beekewajipan menunaikan sedekah. jika dihitung, tidak mungkin kita mampu melakukannya. Namun semuaanya itu boleh digantikan hanya dengan mengerjakan Solat Dhuha.
Diriwayatkan daripada Abu Zar RA bahawa Rasulullah saw bersabda dengan bermaksud:

"Setiap tulang dan sendi pada tubuh badan kamu perlu dibayar sedekah. Maka tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ialah sedekah. Amal makruf ialah sedekah, dan nahi mungkar adalag sedekah. Dan semuanya itu memadai dengan dua rakaat Solat Dhuha"

8. Melaksanakan wasiat Rasulullah saw.

Jika kita telah mengerjakan Solat Dhuha, secara tidak langsung kita telah melaksanakan wasiat Rasulullah saw. Setiap umat Rasulullah saw seharusnya mengikuti segala perintah dalam sunnah-sunnah Baginda.  Abu Hurairah RA meriwayatkan:

"Bahawa Rasulullah saw berwasiat kepadanya dengan 3 perkara: Berpuasa selama tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan dua rakaat Dhuha dan mengerjakan witir sebelum tidur"

No comments:

Post a Comment