CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday 21 February 2013

JENIS-JENIS MANUSIA YANG DERHAKA & TAAT

JENIS-JENIS MANUSIA YANG DERHAKA & TAAT

1. Ada lidah tetapi tidak ada hati
Satu jenis manusia lagi ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati. golongan ini dapat dikenali seperti berikut:

> Mereka bijak beercakap tetapi tidak melaakukan apa yang mereka cakapkan.

> Mereka mengajak manusia menuju Allah tetapi mereka sendiri yang lari dri Allah

> Mereka benci dengan maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri yang bergelumang dengan maksiat itu.

> Mereka menunjuk pada orang lain bahawa mereka itu soleh tetapi mereka sendiri yang melakukan dosa besar.

> Bila mereka bersendirian, mereka bertindak seperti harimau yang berpakaian. 

Inilah orang yang dikatakan oleh Nabi SAW dengan sabda yang bermaksud:
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang"alim yang jahat"

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim sepeerti itu. Oleh itu jauhkanlah diri anda dari orang-orang yang seperti itu. Jika tidak anda akan terpengaruh dengan kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan dosanya akan membakari anda dan kekotoran hatinya akan membnuh anda. 

Tuesday 19 February 2013

MENGURANGKAN RASA LAPAR DENGAN AL-FATIHAH

MENGURANGKAN RASA LAPAR DENGAN AL-FATIHAH

Apabla satu ketika dalam keadaan perjalanan jauh atau tersesat di suatu tempat yang tidak dijumpai oleh seseorang pun, selepas itu kita berasa amat lapar, maka peerlulah mengamalkan surah 
al-Fatihah ini. Kerana ianya mempunyai khasiat  untuk mengurai atau menghlangkan rasa lapar.

Khaifiatnya, mula-mula ambillah selembar daun tumbuh-tumbuhan yang tidak berbisa atau tidak mengandungi racun, lalu bacakanlah ayat yang berbunyi,

"ghairil maghdhuubialaihim"

Selepas itu, makanlah daun itu. Mudah-mudaha dengan izin ALLAH, hilanglah atau berkuranglah perasaan lapar dan haus yang sedang dirasakan, insya-Allah. 

Thursday 14 February 2013

KEUTAMAAN BERZIKIR MEMBACA AL-QURAN

KEUTAMAAN BERZIKIR MEMBACA AL-QURAN

Membaca al-Quran adalah zikir yang terAFDHAL (paling utama) kerana al-Quran merupakan asas ibadah, sumber syariat dan pokok agama. Di dalamnya terkandung, adab tatasusila dan hukum hakam. Ia juga mengandungi sifat-sifat dan perbuatan-NYA. Banyak keistimewaan dan keutamaan yang diperolehi daripada orang yang berzikir atau membacanya.

Antaranya ialah:-

1. Mendapat kemuliaan di Hari Akhirat (Kiamat)
Firman Allah swt dalam surah al-Isra' ayat 45 yang bermaksud,
" Dan apabila Kami membaca al-Quran nascaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan Akhirat, suatu dinding yang tertutup (terkunci) rapat".

2. Mendapat pembelaan di hari Kiamat
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia datang pada hari Kiamat sebagai pembela untuk pembacanya"
(Riwayat Muslim)

3. Sesiapa yang suka membaca al-Quran memahami ertinya dan mempelajari ilmunya, maka ia sebaik-baik orang dan paling utama.
Sabda Raasulullah saw yang bermaksud,
"Sebaik-baik orang diantara kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya"

4. Mendapat ganjaran kebaikan. Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda dan bermaksud:
"Sesiapa yang membaca satu huruf sahaja dari kitab ALLAH (al-Quran) maka dia diberi satu hasanah (kebaikan) dan satu kebaikan akan diganjarkan sepuluh kali ganda semacamnya. Saya tidak mengatakan (Alif - Lam - Mim) satu huruf tetap tetapi alif sama dengan satu huruf, Lam sama dengan satu huruf dan Min satu huruf" 
(Riwayat Termizi)

5. Berkumpul bersama malaikat. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Orang yang pandai membaca al-Quran, ia bekumpul bersama malaikat yang mulia dan suci. Dan adapun orang yang membaca dengan secara tersangkut-sangkut (merangkak-rangkak) dan sukar (kerana baru belajar dan ingin sangat membaca), maka untuk dia dua ganjaran (pahala)
(Mutafaqun'alaihi)

6. Dianggap sebagai ahli ALLAH dan dikhususkan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Bahawasanya Allah Taala mempunyai dua ahli dari golongan manusia, iaitu:
Ahli Al-Quran, iaitu mereka adalah ahli Allah dan dikhususkannya"
(Riwayat : Ibnu Majah dan al-Hakim dari Anas ra)

7. Dikira sebagai umat yang mulia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Semulia-mulia umatku adalah penghafal al-Quran dan orang yang bangun malam"
(Riwayat Tabrani dan Al-Baihaqi dari Ibnu Abbas ra)

8. Tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Naabi saw bersabda dan bermaksud,
"Sesiapa yang membaca seratus (100) ayat di malam hari, maka dia tidak ditulis dari golongan orang yang lalai"
(Riwayat : Al-Hakim dari Abu Hurairah ra)

9. Mendapat keutamaan di sisi Allah. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Allah Taala berfirman yang bermaksud,
"Sesiapa yang kesibukkannya dengan al-Quran dan mengingati AKU dari persoalanKu, maka aku membeerikannya yang lebih utama dari yang Aku berikan pada peminta. Dan keutamaan al-Quran (firman ALLAH) atas segala perkataan seperti keutamaan ALLAH ataas makhluhNYA"
(Riwayat : At-Termizi dari abi Sa'id ra) 

10. Mendapat selawat dari para malaikat. Sabda Naabi saw yang bermaksud,
"apabila seeorang hamba khatam al-Quran, maka berselawatlah kepadanya 60,000 (malaikat) di waktu khatamnya"
(Riwayat : Ad-Dailami dalam Musnad al-firdaus dari Amr bin Syuaib)

11. Dinaikkan darjat mengikut darjat banyak ia membaca al-Quran. Nabi saw berasbda dan bermaksud,
"Dikatakan kepada ahli Quran ketika memasuki syurga : Bacalah dan keraskanlah, maka ia membaca dan naiklah setiap satu ayat satu darjat hingga membaca akhir dari suatu dengannya daripadanya"
(Riwayat: Ahmad dan Ibnu Majah dari Abi Said ra)

Demikianlah di antara kelebihan membaca (berwirid dan berzikir) akan al-Quran dan mengamalkannya.  


FADHILAH DAN KHASIAT AYAT KURSI : MENGELAKKAN MIMPI BURUK

FADHILAH DAN KHASIAT AYAT KURSI:
MENGELAKKAN MIMPI BURUK

Sekiranya anda ingin tidur dengan nyenyak dan damai, tidak ada mimpi buruk dan gangguan-gangguan lain, maka bacalah doa ta'awwuz:

"A'uzu billah minasy syaitanir rajim" 
sebanyak 3 kali. Kamudian diiringi dengan bacaan 
Ayat Kursi sebanyak 3 kali juga. Mudah-mudaha dengan izin Allah swt anda dapat tidur dengan lena, tanpa ada gangguan dan mimpi buruk. 

Wednesday 13 February 2013

MENGUBATI ORANG YANG KERASUKAN ROH HALUS

MENGUBATI ORANG YANG KERASUKAN ROH HALUS 

Sekiranya ada di antara anggota keluarga, tetangga dan jiran anda kemasukan roh jahat (jin) maka berilah pertolongan sekuat tenaga. Sebagai orang islam, tentunya kita melakukan cara-cara yaang sesuai dengan ajaran Islam.

Caranya adalah:
1. Kumandangkanlah azan di telinga pesakit tersebut sebanyak 7 kali.

2. Baca surah al-Fatihah sekali

3. baca ayat kursi sekali

4. baca surah an-nas sekali

5. Baca surah al-Alaq sekali

6. baca surah ash - shaffat sekali

7. baca surah al-hasyr sekali

8. baca surah al-tariq sekali.

Ketika anda membaca ayat-ayat tersebut, anda perlu mendekatkan mulut anda di cuping telinga pesakit. Mudah-mudaha dengan izin Allah akan keluar roh jahat dari diri pesakit. In Sya Allah.

Sunday 10 February 2013

MENGHILANGKAN PERASAAN TAKUT

MENGHILANGKAN PERASAAN TAKUT

Allah berkuasa menjadikan seseorang jadi penakut dan pemberani. Jika Allah swt mengkehendaki, DIA akan melenyapkan perasaa takut dari orang tertentu. Kerana itu, jika kita tiba-tiba berasa takut dari orang tertentu. Kerana itu, jika kita tiba-tiba berasa takut kerana sesuatu sebab, hendaklah kita membaca surah al-Falaq dan Surah an-Nas.

Jadikanlah ia amalan wirid setiap selesai menunaikan solat fardhu, seboleh-bolehnya seratus (100) kali. Mudah-mudahan dengan izin Allah, perasaan takut seperti yang disebutkan tadi akan lenyap dari diri anda, In Sya Allah. 


DIPELIHARA DARI GANGGUAN KEJAHATAN JIN DAN MANUSIA DENGAN SURAH AN-NAS & AL-FALAQ

DIPELIHARA DARI GANGGUAN KEJAHATAN JIN DAN MANUSIA DENGAN 
SURAH AN-NAS & AL-FALAQ

Dalam kedua-dua surah ini terdapat makna pengharapan supaya kita terpelihara dari gangguan syaitan dan gangguan manusia. Begitu juga bahaya yang datang dari sihir dan fitnah dari orang yang mempunyai hati yang dengki kepada orang lain.

Sudah menjadi resmi dan perangai jin dan syaitan suka mengganggu manusia. Maka untuk menghindari perkara ini dari berlaku, eloklah anda meminta perlindungan kepada Allah SWT dengan mengambil berkat dari kedua-dua surah ini.

Kaifiatnya, sembahyang hajat dua rakaat. Selepas itu sampaikan hajat dan permintaan anda kepada ALLAH swt, kemudian sediakan segelas air putih kemudian, bacakan kedua-dua surah ini yang setiap satu daripadanya tujuh (7) kali.

Selepas itu, air itu diberikan kepada pesakit untuk diminumnya. akinya disapukan pada ubun-ubunnya. Buatlah seperti itu selama tujuh (7) hari berturut-turut, mudah-mudahan dengan izin Allah ia sembuh dan tidak diganggu oleh jin dan manusia lagi. 

MENCERDASKAN AKAL FIKIRAN

MENCERDASKAN AKAL FIKIRAN

Penuntut, mahasiswa atau pelajar yang ingin supaya cerdas akal fikirannya, eloklah memanfaatkan khaisat yang ada dalam surah al-Fatihah ini. Mudah2han mereka mudah menerima pelajaran dan tidak mudah lupa apa yang telah dipelajari.


Mula2 bacalah surah al-Fatihah dengan kusyuk dan 
dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Amalan ini dilakukan selama 7 hari berturut-turut. Caranya bacalah surah al-Fatihah sebanyak 70 kali, selepas itu hembus dalam air yang bersih dan minum. In sya Allah fikiran menjadi terang dan akal menjadi jernih dan cerdas untuk menerima pelajaran atau naasihat.

Tuesday 5 February 2013

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH AL-QADAR

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH AL-QADAR

Surah ini boleh dijadikan peraantaraan untuk memohon kepada Allah bagi mempeerolehi apa sahaja yang anda ingin capai dalam hidup anda. Tetapi ia terhad kepada hak-hak yang baik dan tidak melanggar aturan syarak. Memohon sesuatu yang haram dan dilarang agama sudah tentu tidak akan dapat dibantu menerusi amalan dan berwirid dengan surah ini.

Mula-mula anda hendaklah sembahyang hajat dua rakaat pada sebelah malam. Kemudian anda hendaklah berzikir, lalu bacalah surah al-Qadar ini sebanyak empat puluh sati kali (41) kali. Seterusnya sebut apa yang anda minta. Mudah-mudahan dengan izin Allah swt terkabullah apa yang anda minta itu.