CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday 1 December 2013

SURAH AL-WAQIAH KUNCI REZEKI

SURAH AL-WAQIAH KUNCI REZEKI

 Ramai antara kita mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan seharian. Pendek kata rezeki selalu sempit

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-Quran setiap hari kerana ianya adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Slain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca al-Quran, zikir dan berdoa juga diperlukan.

 Berikut adalah cara yang paling mudah dengan mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut:-

PERTAMA,
Membaca secara rutin setiap malam samada selepas solat maghrib atau sesudah Isyak.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap malam maka 
tidak akan tertimpa kesulitan selamanya"
(walaupun ada ulama yang mentafsirkan haddis ini dalam ketagori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya)

KEDUA,
Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam.

KETIGA,
Membaca 3 kali selepas Subuh dan 3 kali waktu malam.

KEEMPAT,
Membaca surah al-Waqiah sebanyak 14 kali selepas Asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat, terutamanya rezeki.

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkan walaupun sehari. Bacalah dengan tertib dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan membeerikan penceraha pada minda kita.

Doa sesudah membaca surah al-Waqiah
(Erti doa surah al-Waqiah)

"Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepadaMudengan hak surat Waqiah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaklaah engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana engkau memudahkan kepada kebanyakkan makluk Mu, Ya Allah, Tuhan semesta alam. 
Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezki kerana Engkau sebaik-baik pemberi rezeki. 
Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah. jka rezeki kami tidak ada, maka ketemukanlah. jika rezeki kami sulit, makan mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan kurniaan-Mu dan kemurahhan-Mu dengan rahmatMu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang."

Disamping mengamalkan ssurah al-Waqiah ini, ibadah wajib jangan ditinggalkan manakala perkara kemungkaran hendaklah ditinggalkan.


 


No comments:

Post a Comment