CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday 29 January 2012

FADHILAT DAN KHASIAT AYATUL KURSI

FADHILAT DAN KHASIAT AYATUL KURSI
PADA PENGAMALNYA

1. Sabda Rasulullag saw, yang bermaksud:
"Barang siapa yang membaca Ayatul Kursi ketika hendak tidur , maka Tuhan mewakilkan kepada 2 orang malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi".

2. Abdulrahman bin Auf menerangkan, yang bermaksud:
"Bahawa ia apabila masuk ke rumahnya, dibacanya ayat kursi pada 4 penjuru rumahnya dan diharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pendinding syaitan."
(Demikian keterangan yang terdapat dalam tafsir Al-Qudsi)

3. Barang siapa yang mengamalkan membaca ayatul kursi setiap kali membaca sebanyak 18 kali, insyaallah dia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan pebagai hikmat, dimudahkan, rezekinya, dinaikkan martabatnya, dibeerikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin ALLAH
(Kitab Asrarul Mufidah)

4. Sesiapa yang membaca ayatul kursi sesudah selesai solat fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Dan sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, teerpelihara dia dari gangguan syaitan dan sesiapa yang membaca ketika dia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

5. Syeikh Al-Buni menerangkan: 
"Sesiapa yang membaca ayatul kursi sebanyak hitungan hurufnya iaitu 170 huruf, maka Insyaallah Tuhan akan memberikan pertolongan pada segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan dilapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.


5 RAHSIA AYATUL KURSI

5 RAHSIA AYATUL KURSI

Sesiapa yang membaca Ayatul Kursi sebanyak 170 kali, tidak ia:-

1. menuntut sesuatu darjat yang mulia dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat, melainkan diperolehi.

2. meminta rezeki yang halal, mudah dan lapang melainkan mendapat

3. membayar hutang-piutang walaupun banyak seperti gunung sekalipun didorong sebab hingga teerjelas hutang-hutangnya

4. jika dikepung oleh musuh, atau orang jahat, atau binatang buas melainkan dilepaskan ia dari kepungan itu.

5. jika musuh benar-benar menyakiti, menganiaya, menyusah dan membuat fitnah. Apabila ingat di hati, musuh itu hendak dimusnahkan, melainkan dikabulkan ALLAH dan musnahlah musuh itu.

Apalagi jika sekiranya amalan itu dibuat setelah sembahyang fardhu dengan penuh yakin menurut bilangan yang tersebut 170 kali atau diamalkan pada tengah malam, iaitu 3 suku malam kira-kira jam 3.00 pagi sangat cepat kesannya dengan izin ALLAH.
Tapi ingat, bersabar lebih baik dari mendoakan orang dengan kejahatan.

Saturday 28 January 2012

PENGHALAU AYATUL KURSI


PENGHALANG AYATUL KURSI

Biasa terjadi kepada lelaki dan perempuan
terutama gadis-gadis, tidak sedarkan diri dan meracau-racau, menjerit-jerit, dirasuk dan sebagainya.

Bacakan dahulu di kepalanya,
11 kali Ayatul Kursi, untuk menghalau keluar hantu syaitan yang bertapak di tubuh pesakit.
Insyaallah, dia akan sedar dan lari syaitan yang menghuni jasadnya.

Kadangkala syaitan akan turut mengikut bacaan iu,
jika ini terjadi, jangan rasa takut dan tergencat kerana syaitan akan terhenti
dan
tidak dapat mengikut bacaan hingga akhir ayat.
Sebaik-baik lepas baca Ayatul Kursi, semburkan air ke muka pesakit.

PENYULUH AYATUL KURSI

PENYULUH AYATUL KURSI

Benak hati ialah
satu idap-idapan yang kerap ada pada kanak-kanak, bahkan pemikiran yang tidak cergas juga kadangkla terdapat pada orang dewasa.

Bagi menghindari perkara (benak) tersebut, hedaklah ia dibacakan
Ayatul Kursi sebanyak 50 kali dalam sebuag bijana yang mengandungi air hujan ditadah pada malam Jumaat.
. Kemudian diberi minum pada sesiapa yang benak hati dan orang dewasa yang tidak cergas pemikirannya dan diterangkan hatinya.

Kepada orang-orang yang tidak benak, jika meminum air ini akan ditambahkan kecerdikan dan kecergasan fikiran, hidup semangat Tauhid, tenang dan luas dadanya.

PEMULIH AYATUL KURSI

PEMULIH AYATUL KURSI

Pemulih Ayatul Kursi ialah
berpandukan kepada Raslulah saw yang bersabda:-
"tidaj sesiapa membaca Ayatul Kursi ini pada satu-satu penakit melainkan dipulihkan oleh ALLAH, 
dan
jika dibacakan atas orang gila atau orang yang tidak sedarkan diri melainkan sedar."

Bagi orang yang mengidap penyakit dan orang-orang yang tidak sedarkan diri
bacakan Ayatul Kursi 50 kali atau 170 kali atau  313 kali selama 3 hari atau 7 hari atau lebih dari itu,
Insyallah akan pulih segala-galanya dengan berkat ini.  

PENDINDING AYATUL KURSI

PENDINDING AYATUL KURSI

Pendinding Ayatul Kursi ialah
sebagai membekalkan diri untuk keselamatan sehari-hari kerana manusia terdedah kepada pelbagai ancaman, kejahatan, bahaya, keraguab dan godaan syaitan.

Membekalkan diri itu ialah dengan membaca
Ayatul Kursi sekurang-kurangnya 7 kali di masa pagi dan petang, terutama sekali tatkala masuk rumah dan keluar daripadanya., tatkala hendak tidur, tatkala hendak belayar.

Insyaallah, terpelihara akan ALLAH ahli rumahnya,
 harta benda dari kecurian,
dan kebakaran,
 jauh dari keraguan,
 godaan syaitan,
 kejahatan-kejahatan orang jahat,
 bahaya-bahaya binatang dan terselamat dari penyakit
dengan izin ALLAH. 

Friday 27 January 2012

AL-QURAN MEMPUNYAI 10 NAMA

AL-QURAN MEMPUNYAI 10 NAMA

Telah berkata Abu al-Fadal:
Yang bermaksud:
"Allah swt telah menamakan kitabNYA dengan 10 nama, iaitu:

1.AL-QURAN
2. AL-FURQAN
3. KITAB
4. TANZIL
5. HUDA
6. NUR
7. RAHMAH
8. SYIFAK
9. RUH
10. ZIKRUN

Adapun AL-QURAN, AL-FURQAN, AL-KITAB & AT-TANZIL,
maka (nama-nama ini) sudah termahsyur.

Adapun AL-HUDA, AN-NUR, AR-RAHMAN, & ASY-SYIFAK,
maka, ALLAH swt telah menyebutnya dalam firmanNYA:
"Wahai semua manusia, sungguh telah datang kepadaMU pengajaran dan syifak (penyembuh) bagi apa yang ada dalam dada, dan HUDA (petunjuk), serta RAHMAH (rahmat) bagi orang-orang mukmin".

"Dan sungguh telah datang kepadamu NUR (cahaya) dari ALLAH serta KITAB yang menerangkan",

Dan ada pun AR-RUH, maka ALLAH teah menyebutnya dalam firmanNYA:
"Dan demikianlah kami wahyukan kepada engkau RUH (kitab yang menghidupkan hati manusia) dari perintah kami.
Adapun AZ-ZIKRUN, maka ALLAH telah menyebut dalam firmanNYA:
"Dan telah kami turunkan kepada engkau AZ-ZIKRUN (peringatan), supaya engkau terangkan kepada semua manusia".


TIDAK TERMASUK ORANG ALIM JIKA DIA TIDAK MENGAMALKAN ILMUNYA

TIDAK TERMASUK ORANG ALIM JIKA DIA TIDAK MENGAMALKAN ILMUNYA

Telah bersabda Nabi saw:
Yang bermaksud:
"
1. Tidaklah hamba di langit dan di bumi tergolong hamba yang beriman sehingga dia berlaku lembut terhadap manusia.

2. Tidaklah dia termasuk orang yang lembut, sehingga dia menjadi seorang yang muslim

3. Tidaklah dia termasuk seorang yang muslim, sehingga orang lain selamat dari (gangguan) tangan dan lidahnya

4. Tidaklah dia termasuk seorang yang muslim, sehingga dia menjaadi seorang yang alim.

5. Tidaklah dia tergolong orang yang alim, sehingga dia mengamalkan ilmunya.

6. Tidaklah dia termasuk orang yang mengamalkan ilmunya, sehingga dia menjadi hamba yang zahid.

7. Tidaklah dia termasuk hamba yang zahid, sehingga dia menjadi hamba yang warak.

8. Tidaklah dia menjadi hamba yang warak, sehingga dia menjadi hamba yang merendahkan dirinya..

9. Tidaklah dia tergolong hamba yang merendah diri, sehingga dia menjadi hamba yang mengenal dirinya.

10. Tidaklah dia menjadi hamba yang mengenal  dirinya sehingga dia menjaadi hamba yang berakal dalam percakapannya".



Wednesday 25 January 2012

AKU RINDUKAN SESEORANG


AKU RINDUKAN SESEORANG
aku rindukan seseorang...
seseorang yg aku gelarkan sahabat...
bukan kawan, tapi aku anggap dia sahabat...

adakah masa yg menyebabkan dia terlupa akan aku...
adakah perkara2 yg disekelilingnya myebabkan dia terlupa akan aku...
sekali pun aku tak pernah lupa akan dia...

kenapa?
kenapa sekarang sudah begitu jarang...
kenapa sekarang sudah tak lagi seperti sebelumnya...
kenapa? seperti dia mahu menjauhkan diri dari aku...
aku berfikir dan berfikir kenapa? kenapa? dan kenapa?

adakah?
aku ada buat kesalahan yg menyakitkan hati dia?
aku tersilap pertuturan?
atau mungkin dia sudah berjumpa dengan "sahabat" yg lebih baik dariku...
pelbagai kemungkinan...pelbagai andaian...

aku tak sanggup kehilangan...
seorang yg aku gelarkan sahabat...
aku masih menanti dan terus mencari...
dan membuat andaian...
mengapa kau seperti berubah...
aku rindukan sahabat ku...
sekali lagi aku xnak kehilanganmu...
kembali
...aku berdoa......

SESEKALI KITA TERSENYUM, APA SALAHNYA.......("",)

SESEKALI KITA TERSENYUM, APA SALAHNYA.......("",)

GURU TERBAEK.......
Seorang guru bertanya kepada muridnya,
"Siapa guru yang paling kamu suka di sekolah ini?"
"Cikgu la!," kata salah seorang murid sambil menunjuk kepada guru yang beertenya di hadapan kelas.
"Kenapa saya?" tanya guru itu mula berasa bangga.
"Kerana saya berpeluang untuk tidur semasa guru mengajar,"

MUNTAH
Seorang gaadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya.
"Mama," kata gadis kecil itu.
"Bolehkah kita balik sekarang?"
"Tidak!," jawab ibunya.
"Ma, saya rasa nak muntah!" kata  gadis kecil itu.
"Keluarlah! dan pergi ke tandas tingkat atas,"
Seteah 20 saat, gadis kecil kembali ke tempat duduknya.
"Sudah selesai.?" tanya mamanya.
"Ya,"
"Cepatnya!,"
"Saya tidak pergi ke tandas tingkat atas..Ma, " kata anaknya itu lalu menyambung....
"Kat tepi tu ada kotak derma...di situ teertulis....UNTUK ORANG SAKIT"

ANAK KERBAU
Seorang guru Bahasa Inggeris sedang menyoal Abu.
Guru: If the young of a pig called piget, what is the young of a bull called?
Abu: A bullet

HUKUMAN UNTUK GURU
Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di mahkamah kerana melanggar lampu merah.
Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkara diselesaikan dengan cepat agar dia boleh kembali ke kelasnya.
"Baik baik," kata hakim.
"Jadi anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru ke perbicaraan saya ni. Sebagai hukumannya, sekarang anda duduk di meja sebelah itu dan tulislah,
SAYA TIDAK AKAN MELANGGAR LAMPU MERAH LAGI
sebanyak 500 kali,"

RAHSIA TANGKAP IKAN
Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut..kru  TV3 interview dia untuk mengetahui rahsia tangkap ikan.
KRU TV3, "Apa rahsia pak cik tangkap ikan?"
Nelayan: Pak cik tengok cara isteri pakcik tidur bila pak cik bangun pagi.
Kalau diaa mengiring ke kiri, pakcik menebar jala ke kiri. Kalau isteeri pakcik mengiring ke kanan, pakcik menebar jala ke kanan.
Kru TV3: "Kalau isteri pakcik tidur telentang?"
Nelayan: Pakcik tak turun ke laut hari tu....."

TONG MERAH
Seorang datuk membawa cucunya ke pejabat pos untk menghantar surat. Cucunya bertanya bia melihat datuknya memasukkan surat ke dalam tong merah.
"Atok buat apa tu,?"
"Atok bagi surat kat kawan atok." jawab datuknya.
Cucnya bertanya lagi, "Apa ke gila sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"



MANUSIA BERDIRI DI 6 PERSIMPANGAN

MANUSIA BERDIRI DI 6 PERSIMPANGAN

Dari Abu Bakar ra:
Yang bermaksud:
"1. Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu,
2. jiwa disebelah kananmu,
3. nafsu disebelah kirimu,
 4. dan dunia berada di belakang engkau.
5. Semua anggota tubuhmu berada di sekitar mu,
6. sedangkan ALLAH di atasmu."

Maka iblis (kutuk ALLAH tertimpa ke atasnya), mengajakmu meninggalkan agama.
Jiwa mengajakmu ke arah masiat
nafsu mengajakmu supaya memenuhi kehendak syahwat
dunia megajakmu supaya memilihnya daripada akhirat
anggota tubuh mengajak melakukan dosa
dan Tuhanmu mengajak engkau masuk syurga serta mendapatkan keampunanNYA.

Sebagaimana firmanNYA yang bermaksud:
"Dan ALLAH mengajak ke syurga serta menuju keampunanNYA.

Dan sesiapa memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya,
sesiapa yang memenuhi ajakan jiwanya maka hilang darinya nilai jiwanya
sesiapa yang memenuhi ajakan nafsu hilanglah akal dari dirinya,
sesiapa yang memenuhi ajakan dunia maka hilang akhirat dari dirinya,
dan
Sesiapa yang memenuhi ajakan ALLAH swt  maka hilang dari dirinya semua kejahatan,
serta ia memperolehi semua kebaikan".



Tuesday 24 January 2012

NAFSU ADALAH KAPAL DOSA

NAFSU ADALAH KAPAL DOSA

Dari Yahya bin Mu'az Ar-Razi:
Yang bermaksud:

"Ilmu adalah petunjuk amal,
faham adalah peti ilmu,
akal adalah pemimpin bagi kebaikan,
nafsu adalah kapal dosa,
harta adalah laksana jubah bagi orang-orang yang sombong
dan
dunia adalah pekan akhirat."

DUNIA ADALAH NEGERI BAGI ORANG YANG TIDAK ADA NEGERI

DUNIA ADALAH NEGERI BAGI ORANG YANG TIDAK ADA NEGERI

Telah bersabda Nabi Muhammad saw:
Yang bermaksud:

"Dunia adalah negeri bagi orang yang tidak ada negeri.
Dan dia sebagai harta bagi orang yang tiada harta.
Kerana dia adalah orang yang tidak mempunyai akal, sibuk mengumpulkan (kemewahan).
Dan sebab bernafsu kepadanya, menjadi lalai orang yang tidak faham.
Dan kerana dunia dihukum, orang yang tidak ada ilmu.
Dan demi dunia, menjadi dengki orang yang tidak ada fikiran.
Juga dunia terus dikejar oleh orang yang tidak ada keyakinan dalam dirinya."


Monday 23 January 2012

UMAT ISLAM WAJIB BACA

UMAT ISLAM WAJIB BACA


Bagi umat Islam, berhati-hatilah bagi setiap apa sahaja yang kita makan.
Hakikatnya....
sama ada perkara ini BENAR ATAU TIDAK
tidak diketahui kesahihannya
sesiapa sahaja boleh melakukan perkara sebegini.

Saya sampaikan perkara ini, kerana 
SAYA SAYANG AWAK SEMUA......("",) 


KALAU TIDAK ADA ULAMA

KALAU TIDAK ADA ULAMA

Dari Hasan Basri:
Yang bermaksud:

"1. Kalau tidak ada pengganti (para ulama yang telah meninggal dunia), maka bumi ini sudah ditenggelamkan bersama dengan semua isinya.

2. Kalau tidak ada hamba-hamba yang soleh, maka sudah binasa orang-orang jahat.

3. Kalau tidak ada para ulama, semua manusia sudah menjadi seperti haiwan.

4. Kalau tidak ada hakim, maka manusia sudah berbunuh-bunuhan antara satu sama lain.

5. Kalau tidak ada orang-orang bodoh, (iaitu, orang-orang yang sanggup melupakan Tuhan, demi untuk memikirkan cara-cara tuk memakmurkan dunia) maka sudah rusak dunia ini).

6. Kalau tidak ada angin, maka semua yang ada sudah menjadi busuk."

10 BERITA GEMBIRA BAGI AHLI SYURGA DAN 10 BERITA MENAKUTKAN UNTUK AHLI NERAKA

10 BERITA GAMBIRA BAGI AHLI SYURGA
DAN
10 BERITA MENAKUTKAN UNTUK AHLI NERAKA

Yang bermaksud:
"Apabila ALLAH swt ingin memasukkan ahli syurga ke dalam syurga , maka Ia utus kepada mereka satu malaikat dengan membawa hadiah dan pakaian dari syurga. maka malaikat itu berkata kepada mereka.

"Berhentilah! sesungguhnya aku ada membawa hadiah dari ALLAH (untuk kamu),"

Bertanya mereka: "Apakah hadiah itu ,?

Berkata malaikat:
"Ia meerupakan 10 buah cincin yang ada tertulis paa setiap cincin , antaranya:-

CINCIN PERTAMA
ditulis kalimat yang berbunyi 
"Keselamatan atas kamu, kamu telah suci maka masuklah kamu ke dalam syurga dan kekal (didalamnya)".

CINCIN KEDUA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Telah diangkat dari kamu, semua kesedihan dan kepiluan."

CINCIN KETIGA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Dan itulah syurga yang diberikan kepadamu, disebabkan amal yang telah kamu lakukan."

CINCIN KEEMPAT
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kami pakaikan kamu dengan pelbagai macam jenis pakaian dan barangan kemas."

CINCIN KELIMA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Dan kami kahwinkan mereka dengan bidadari, sesungguhnya aku berikan balasan pahala kepada mereka pada hari ini, sebab mereka sabar. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang menang".

CINCIN KEENAM
tertulis kalimat yang berbunyi
"Inilah balasan untukmu pada hari ini. kerana ketaattan yang kamu laksanakan."

CINCIN KETUJUH
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kamu menjadi muda dan tidak akan pernah tua buat selama-lamanya."

CINCIN KELAPAN
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kamu menjadi aman dan tidak pernah berasa takut buat selama-lamanya."

CINCIN KESEMBILAN
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kamu menyertai para nabi, orang-orang yang telah menerima kebenaran agama dan para syuhada serta orang-orang soleh (di dalam syurga)."

CINCIN KESEPULUH
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kamu bertempat tinggal di sisi Tuhan Yang Memiliki Arasy Yang Mulia,"

Kemudian, malaikat itu berkata lagi, 
"Masuklah kamu ke dalam syurga dengan selamat dan sentosa".

Mereka pun masuk sambil berucap:
"Segala puji untuk ALLAH yang telah menepati janjiNYA dan telah mewariskan bumi kepada kami, kami tetap tinggal di syurga sesuka hati kami. maka ini adalah sebaik-baik balasan bagi orang beramal."

Dan apabila ALLAH hendak memasukkan ahli neraka ke dalam neraka, maka Ia utus kepada mereka seorang malaikat dengan membawa 10 buah cincin yang bertulis:-

CINCIN PERTAMA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Masuklah kamu ke dalam neraka!Kamu didalamnya tidak akan mati selama-lamanya. dan tidak pula hidup dan tidak akan dikeluarkan."

CINCIN KEDUA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Masuklah kamu ke dalam azab (ALLAH) tidak ada ketenangan bagimu."

CINCIN KETIGA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Mereka telah putus harapan dari RahmatKu".

CINCIN KEEMPAT
tertulis kalimat yang berbunyi
"Masuklah kamu dalam neraka dalam keadaan bersedih, pilu dan dukacita selama-lamanya,"

CINCIN KELIMA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Pakaian kamu adalah api neraka. makanan kamu adalah pohon zaqqum (yang pahit), minuman kamu adalah air yang sangat panas, dan tempat tidurmu adalah api neraka, serta kain tudungmu adalah api neraka."

CINCIN KEENAM
tertulis kalimat yang berbunyi
"Inilah balasan untukmu, kerana kemaksiatan yang telah kamu lakukan."

CINCIN KETUJUH
tertulis kalimat yang berbunyi
"Murka Ku ke atas dirimu dalam neraka buat selama-lamanya."

CINCIN KELAPAN
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kutukan keatas dirimu, kerana kesengajaan kamu melakukan dosa-dosa besar dan tidak bertaubat serta tidak pernah menyesal."

CINCIN KESEMBILAN
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kawan-kawanmu dalam neraka adalah syaitan-syaitan buat selama-lamanya."

CINCIN KESEPULUH
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kamu telah mengikut ajakan syaitan dan kamu telah menginginkan dunia, serta meninggalkan akhirat, maka inilah balasan untukmu,"

Sunday 22 January 2012

KEJUJURAN ADALAH BENTENG PERKATAAN

KEJUJURAN ADALAH BENTENG PERKATAAN

Nabi saw talah bersabda:
Yang bermaksud:

"Bisikan membentengi rahsia.

Sedekah membentengi harta.

Ikhlas membentengi amal.

Kejujuran membentengi perkataan.

Dan masyarakat membentengi pendapat".

TANGISAN YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN

TANGISAN YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN

Ali ra berkata:
Yang bermaksud:
"Tangis ada 3 macam:-

1. Kerana takut akan azab ALLAH swt

2. Kerana takut kepada murka ALLAH swt

3. Kerana takut berpisah dengan ALLAH swt

Adapun yang pertama, ia sebagai penghapus dosa.
Yang kedua adalah sebagai pencuci segala aib.
yang ketiga ialah, sebagai kunci
(bagi mencapai) 
martabat wali bersama dengan redha ALLAH. 

Maka, hasil dari penghapusan dosa ialah keselamatan dari siksaan. Hasil dari pencucian segala aib, adalah nikmat syurga yang berkekalan. Dan martabat darjat yang tinggi dan buah dari martabat wali adalah berita baik yang menggembirakan dari ALLAH swt. iaitu memperolehi redhaNYA, dapat melihatNYA (di akhirat), menerima kunjungan para malaikat dan penambahan kebaikan". 

10 FAEDAH BERSUGI

10 FAEDAH BERSUGI

Rasulullah saw telah bersabda:
Yang bermaksud:
"Mestilah kamu selalau bersugi, kerana padanya ada 10 (faedah):-

1. Membersihkan mulut

2. Menyebabkan Tuhan redha

3. Menyebabkan syaitan benci

4. Ianya peerbuatan yang dicintai Tuhan dan malaikat pencatat amal.

5. Ia menguatkan gusi

6. Ia menghilangkan lendir

7. Ia boleh menyebabkan wangi nafas di hidung

8. Ia dapat menutup caoran pahit

9. Ia dapat menerangkan penglihatan

10. Ia mampu menghilangkan bau busuk di mulut, dan ia termasuk sunnah Nabi saw".

Kemudian, Nabi saw besabda lagi:
Yang bermaksud:
"Dan satu solat dengan bersugi adalah lebih baik dari 70 solat yang tidak bersugi". 

PILIHAN ORANG YANG BERAKAL

PILIHAN ORANG YANG BERAKAL

Dari Ibnu Abbas ra:
Yang bermaksud:
"Sepatutnya orang yang berakal memilih 7 perkara daripada 7 lawannya, iaitu:-

1. Memilih fakir dari kaya

2. Memilih hina dari mulia

3. Memilih merendahkan diri daripada takkabur

4. Memilih lapar daripada kenyang

5. Memilh sedih dari gembira

6. Memilih di bawah daripada di atas

7. Memilih mati daripada hidup".



Saturday 21 January 2012

PUNCA PENGGUNAAN MINYAK PETROL BERTAMBAH

Punca penggunaan minyak petrol bertambah
Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.

Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.
Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.
Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.
Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda.
Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran.Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.

Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.
Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.

Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.
Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat
Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
I k l a n
Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.

Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud.

Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.

Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan.

Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.

Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.

6 CARA JAGA TAYAR

6 cara jaga tayar
TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.
PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.


PANDUAN MEMANDU KETIKA KECEMASAN

Panduan memandu ketika kecemasan
A. Terpaksa Berhenti di Lebuhraya:
- Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.

- Lampu hadapan dinyalakan rendah pada waktu senja, malam dan hujan.

- Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.

- Jika kenderaan berhenti di selekoh atau atas puncak bukit dan kawasan bahaya, keluarkan
penumpang jauh dari aliran lalu lintas.

- Pastikan peralatan kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.

- Angkat bonet dan dapatkan bantuan.


B. Cermin Hadapan Pecah:
- Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat.

- Rentang gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain
berkenaan.

- Lindungi mata dengan memakai kaca mata.

- Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

C. Menghadapi Kemalangan:- Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri
dan pandu keluar dari jalan raya.

- Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana
pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.

ENJIN KERETA DIMASUKI AIR

Enjin Kereta Dimasuki Air
Bagi anda yang tinggal di Kuala Lumpur, banjir kilat adalah antara perkara ‘menakutkan’ bagi pemilik kenderaan. Ketika anda sibuk di pejabat, tanpa disedari kereta anda sudah ditenggelami banjir akibat hujan lebat yang berterusan.

Apabila ini berlaku, ia pasti membabitkan kos baik pulih yang tinggi. Namun kos berkenaan dapat dikurangkan jika tip ini dapat diamalkan. Jika keseluruhan kereta dan bahagian enjin tenggelam, periksa kereta anda selepas banjir surut. Jangan sekali-kali menghidupkan enjin kereta kerana ia akan mengakibatkan anda terpaksa membayar kos yang berlipat ganda. Tindakan ini selalunya dilakukan oleh ejen bengkel atau pemilik trak penunda yang tidak bertanggungjawab supaya anda membayar kos yang lebih tinggi untuk membaikinya. Ini kerana apabila enjin cuba dihidupkan dalam keadaan demikian, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik). Sekiranya masihada saki-baki air dalam alat berkenaan, litar pintas boleh berlaku dan alat itu terpaksa diganti.

Tindakan berkenaan boleh menyebabkan semua sensor yang menyalakan suis enjin akan terbakar. Harga sebuah sensor tidaklah mahal, tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi itu boleh menyebabkan kos yang berlipat ganda.

Apabila tiba di bengkel, buka keseluruhan kereta anda termasuk penutup alat elektronik. Palam pencucuh juga perlu diperiksa dan pastikan ia tidak berair. Minyak enjin juga perlu diperiksa sama ada ia tercampur dengan air atau tidak. Begitu juga dengan petrol. Selepas kesemua peralatan elektronik kering sepenuhnya (kebiasaannya dua hingga tiga hari), enjin boleh dihidupkan tetapi tidak perlu digerakkan kerana kotak gear belum diperiksa.

Sekiranya enjin boleh dihidupkan, kosnya tidaklah begitu mahal. Jika sebaliknya, ia mungkin boleh mencecah ribuan ringgit. Kemudian minyak kotak gear perlu diperiksa. Dalam keadaan biasa ia akan berwarna merah tetapi jika bercampur dengan air, warnanya akan bertukar kepada merah jambu. Jika bercampur air, minyak gear perlu ditukar dan enjin perlu dihidupkan dalam masa dua hingga lima minit. Kemudian, minyak kotak gear diperiksa sekali lagi dan ulang proses ini sehingga ia betul-betul menjadi warna merah dan tidak lagi bercampur dengan air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga lapan kali dan akan menggunakan lebih kurang 15 hingga 20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakan yang membabitkan peralatan elektronik, kos mungkin hanya membabitkan upah mekanik, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara.

Friday 20 January 2012

10 JALAN KESELAMATAN

10 JALAN KESELAMATAN

Rasulullah saw telah bersabda:
Yang bermaksud:
"Keselamatan (hamba) berada atas 10 jalan, 5 di dunia dan 5 di akhirat.

Adapun 5 di dunia ialah:

1. Ilmu

2. Ibadah

3. Rezeki yang halal

4. Sabar menghadapi cubaan

5. Bersyukur atas anugerah nikmat

Adapun 5 di akhirat ialah :-

1. Dia didatangi malaikat pencabut nyawa dengan rasa kasih dan lembut

2. Dia tidak dikejutkan oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.

3. Ia berasa temteram pada hari yang paling menakutkan (iaitu hari kiamat)

4. Di hapuskan segala kesalahannya dan diterima kebaikkanya.

5. Dia melalui titian Siratul Mustaqim seperti cahaya kilat dan  selamat masuk ke syurga."




RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA

RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA

Hasan Basri telah bercerita, bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil  dan beberapa pekan di negeri Basrah. Tiba-tiba dia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk di atas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri menuju ke depan tabib itu dan berkata :

"Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?"

Berkata tabib itu, "Ya, saya ada".

Lalu pemuda itu berkata, "Berilah pada saya."

Berkata tabib itu, "ambillah dari saya sebagai ramuanya sebanyak 10 perkara, iaitu:

Ambil olehmu akar kayu fakir dan akar kayu tawadduk dan campurkan dengan  pencuci kotoran perut bernama taubat. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha, dan giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah. Kemudian masukkan ke dalam periuk takwa dan tuangkan ke dalamnya dengan air hayak(malu), Lalu dididihkan dengan api mahabbah (cinta). Selepas itu, pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur dan kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan). Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.
Jika engkau perbuat semua itu, maka ia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".



TIDAK ADA KEBAIKAN PADA HARTA ORANG YANG TIDAK DERMAWAN

TIDAK ADA KEBAIKAN PADA HARTA ORANG YANG TIDAK DERMAWAN

Ali ra berkata:
Yang bermaksud:

"1. Tidak ada kebaikan dalam solat yang tidka ada padanya kusyuk

2. Tidak ada kebaikan dalam puasa yang tidka ada padanya menahan diri dari perkataan yang membatalkan (pahala puasanya).

3. Tidak ada kebaikan dalam pembacaan (AL QURAN) yang tidak ada padanya pemikiran  (tentang isi kandungannya)

4. Tidak ada kebaikan dalam ilmu yang tidak ada padanya warak.

5. Tidak ada kebaikan dalam harta yang tidak ada padanya dermawan

6. Tidak ada kebaikan dalam persaudaraan yang tidak ada padanya pemeliharaan

7.  Tidak ada kebaikan dalam nikmat yang tidak ada padanya kekekalan.

8. Tidak ada kebaikan dalam doa yang tidak ada padanya keikhlasan."

ILMU ADALAH HARTA PENINGGALAN YANG BAIK

ILMU ADALAH HARTA PENINGGALAN YANG BAIK

Telah berkata Ali ra :
Yang bermaksud:

1. Ilmu adalah sebaik-baik harta peninggalan

2. Kesopanan adalah sifat yang paling baik

3. Takwa adalah sebaik-baik bekal

4. Ibadah adalah barang perniagaan yang paling baik

5. Amal soleh adalah sebaik-baik penuntun (menuju syurga)

6. Akhlak yang bagus adalah sahabat yang paling baik

7. Sifat yang tidak cepat marah ialah penolong (dalam pentadbiran semua perkara)

8. Sifat Qana'ah adalah kekayaan yang paling baik

9. Taufik (dari ALLAH) adalah sebaik-baik bantuan

10. Kematian adalah guru yang paling baik."


Thursday 19 January 2012

3 MACAM ORANG YANG MENYEMBAH ALLAH

3 MACAM ORANG YANG MENYEMBAH ALLAH

Abu Bakar ra telah berkata:
Yang bermaksud:
"Orang yang menyembah (ALLAH) ada sebanyak 3 golongan.
Bagi tiap-tiap golongan , ada 3 tanda. Dan mereka dapat dikenal dengan tanda-tanda itu :-

GOLONGAN PERTAMA
adalah mereka yang menyembah ALLAH swt kerana harapan (kepada balaasan baik yang telah dijanjikan NYA, bagi orang-orang yang mematuhiNYA.)

GOLONGAN KEDUA
adalah mereka yang menyambah ALLAH kerana takut (akan ancamanNYA)

GOLONGAN KETIGA
adalah mereka yang menyembah ALLAH kerana CINTA

MAKA BAGI GOLONGAN PERTAMA ADA 3 TANDA:

1. Ia menganggap dirinya hina

2. Ia menganggap amal baiknya masih sedikit

3. Ia menganggap kejahatannya sudah banyak

MAKA BAGI GOLONGAN KEDUA ADA 3 TANDA:

1. Ia menjadi tauladan pada orang ramai dalam semua keadaan

2. Ia menjadi orang yang sangat suka mendermakan hartanya di dunia

3. Ia menajdi orang yang paling baik sangkaan terhadap ALLAH di kalangan semua makhluk.

DAN GOLONGAN KETIGA ADA 3 TANDA:

1. Is sanggup memberikan sesuatu yang dicintainya, tanpa peduli, asalkan TUHANNYA redha.

2. Ia kerjakan apa yang tidak disukai oleh dirinya(dan dia tidak peduli), asalkan TUHANNYA redha.

3. Ia tetap mematuhi perintah dan larangan TUHANNYA dalam semua keadaan."