CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday 7 October 2012

MERAWAT PENYAKIT DEMAM PANAS

MERAWAT PENYAKIT DEMAM PANAS

Kelebihan surah al-Fatihah yang lain ialah untuk merawat orang yang menderita demam panas. Jika ada ahli keluarga yang mengalami penyakit seperti ini, maka bolehlah membantunya dengan membaca surah al-Fatihah.
Khaifiatnya lebih kurang sama dengan khaifiat di atas, iaitu solat Hajat dua rakaat terlebih dahulu. selepas itu berzikirlah seberapa lama, baru kemudian mengambil segelas air bersih. Kemudian mulah berdoa dengan doa di bawah ini:

"...Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepadaku, Nabi-Mu dan utusan-Mu Muhammad saw, bahawasanya baginda bersabda:
"Surah al-Fatihah boleh dibaca untuk apa sahaja . Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam, Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Mu sahaja kami menyembah dan hanya kepada-Mu jualah kami meminta pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. iaitu jalan yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka - bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan-jalan orang yang sesat...."

Selepas membaca doa dan surah itu (surah al-Fatihah) kemudian hembus ke dalam air bersih yang ada di dalam gelas sebanyak 3 kali. Lalu minumkan kepada pesakit itu atau untuk meyejukkan badannya dengan cara membasahkan kain dan yang seumpama dengannya kemudian letakkan di dahi atau bahagian tubuh yang lain.  

No comments:

Post a Comment