CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday 14 January 2012

DOSA GUGUR APABILA SUAMI ISTERI BERSALAM

DOA GUGUR APABILA SUAMI ISTERI BERSALAM

Rasulullah saw bersabda yng bermaksud:
"Seseorang isteri yang bermuka muram di hadapan suami, maka ia dalam kemurkaan ALLAH sehingga ia dapat membuat suasana riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya".

Bagitulah besarnya harga sebuah senyuman isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki ketika suami pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemaraham suami, malah menyebabkan ALLAH turut murka dan kemurkaan ALLAH itu berkekalan sehingga  isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta mohon kemapunan dari suami.

Sesungguhnya, keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang, segeralah bukakan pintu, dipeersilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami dengan penuh hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak membuat salah pada hari itu.

Sebuah hadith ada mneyebut bahawa,
apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya maka gugurlah segala dosa dari celah jari mreka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelazimannya akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagian rumahtangga terletak pada budi pekerti dan akhlak  isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik, tetapi, jika cukup sempurna layannya dan berakhlak pula, tentu dia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Oleh itu, wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat pada suami.

Rasulullah bersabda:
yang bermaksud:
"Sungguh-sungguh mintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti pada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit, selama dia berada dalam keredhaan suaminya".

Jika seorang isteri mengharapkan cintanya berbalas, maka banyakkan mencari redha ALLAH melalui keredhaan 
SUAMI. 

No comments:

Post a Comment