CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday 4 January 2012

10 PERINGATAN BUMI

10 PERINGATAN BUMI

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata denga  manusia namun, masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas nim Malik ra:
"Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan 10 perkara:

1. Wahai anak Adam! berjalanlah di atas perutku tetapi ingtalah engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakang ku, tetapi ingatlah engkau akan diazab di dalam peerutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah engkau akan menangis dalam peerutku.

4. Engkau gembira atas belakang ku, tetapi ingatlah engkau akan kecewa dalam perut ku

5. Engkau mengumpul harta di belakangku, tetapi ingatlah engkau akan menyesal dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram atas belakangku, tetapi ingat engkau akan dimakan oleh ulat dalam perutku.

7. Engkau angkuh atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dihina dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah akan kegelapan dalam perutku.

10. Engkau hidup di belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah engkau kesorangan dalam perutku.

No comments:

Post a Comment